Category Archives: Sejarah Komunikasi Data. Anda juga boleh melayari laman web ini: http://lavender.fortunecity.com/tomatoes/535/datac.htm

PENGENALAN

Lama sebelum munculnya sistem komunikasi data dalam penggunaan konvensyenal, rangkaian maklumat telah wujud dan menyokong keperluan pengendalian data untuk perniagaan, kerajaan dan industri. Sumber rangkaian, media dan destinasi membenarkan komunikasi data di ntara sesuatu organisasi. Rangkaian ini bergantung kepada saiz dan kekompleksan sesuatu organisasi itu.

Perkembangan sistem maklumat bergerak yang rasmi bermula dengan bermulanya industri landasan keretapi. Menembusi kawasan pendalaman sesuatu negeri di mana sumber asli dapat diekstrak dan dipindahkan ke bandar untuk diproses dan digunakan. Sejajar peredaran masa, rangkaian landasan ini bertambah besar sehari demi sehari.

Akhirnya, landasan keretapi dipasang dengan talian telegraf untuk membantu pengisyaratan dan kawalan trafik. Seterusnya, talian telegraf tersebut telah ditawarkan kepada orang ramai. Pada 1844, satu talian telegraf telah didirikan di antara Baltimore dan Washington oleh Samuel F. B. Morse. Maklumat yang ingin dikirim dikodkan dalam bentuk titik (dots) dan garisan putus-putus (dashed) yang dihantar melalui wayar. Isyarat ini mengaktifkan satu pen besi yang menyebabkan indention pada jalur kertas yang boleh dibaca oleh operator pada bahagian penerima. Pada 1849, link pencetak telegraf yang pertama telah dipasang dan pada awal 1860-an, kelajuannya setinggi 15bps telah dicapai.

Bermula pada 3 April 1860, Pony Express menghantar maklumat menggunakan kuda di antara St. Joseph, Missouri dan San Francisco, California. Satu sistem yang dilengkapi dengan 157 stesen geganti, yang dipisahkan di antara 5 hingga 20 batu, menggunakan 400 kuda dengan 80 penunggang serta tenaga penyokong yang besar untuk membawa mesj melalui laluan sejauh 1840 batu dalam masa 10 hari. Sementara itu, pembinaan wayar untuk transcontinental telegraf yang pertama dilaksanakan ketika para penunggang Pony Express memberanikan diri untuk mengharungi perjalanan yang jauh. Wayar tersebut yang dipasang secara serentak di antara timur dan barat menyambungkan Salt Lake City pada 24 oktober 1861. Sekarang ia hanya mengambil beberapa minit sahaja berbanding berhari-hari untuk menghantar mesej daripada California ke benua yang lain.

PERKEMBANGAN SEJAK 1970-AN

Evolusi yang seterusnya pada jangka masa ini ialah rangkaian komputer. Bukan sahaja pengguna yang berjauhan perlu berkomunikasi dengan komputer; di antara komputer juga perlu mengkongsi maklumat. Tahun 1970-an menunjukkan pertambahan linkej komputer di antara organisasi melalui linkej komunikasi untuk merealisasikan perkongsian data ini. Sesetengah komputer adalah dipasangkan secara rapat dengan komputer yang berada dalam kemudahan yang sama dan berkomunikasi pada kadar data yang tinggi melalui saluran data masing-masing. Sistem dwi atau multiple kerangka utama ini membekalkan load leveling dan back up antara satu lain untuk memastikan kehadiran perkhidmatan tinggi. Rangkaian komputer yang lain adalah dipasangkan secara longgar dengan kemudahan komunikasi disambung secara bersendirian dan dipisahkan secara fizikal daripada sistem komputer. Kekompleksan sistem penghantaran dalam suasana tersebut adalah jelas.

Sekarang vendor yang baru sudah memasuki pasaran komunikasi, menawarkan perkhidmatan yang inovatif kepada pelanggan mereka. Media penghantaran dalam bentuk yang baru telah dimajukandan teknik pengurusan komunikasi telah ditingkatkan melalui penggunaan perisian yang telah wujud.

Sehingga sekarang, sejarah komunikasi data telah dimajukan melalui 3 konsep utama:
1. Penyampaian semula maklumat secara elektronik.
2. Penggunaan peranti terminal data untuk input dan output.
3. Penggunaan kawalan komputer ke atas komunikasi.

Perkembangan ini membolehkan pengguna dan komputer berkomunikasi di antara mereka dan jenis mereka. Keintegrasian pemprosesan data dan komunikasi data mencirikan sistem komputer masa kini.

KRONOLOGI KOMUNIKASI DATA MALAYSIA

1970 – stesen penerimaan satelit bumi antarabangsa telah dibina di Kuantan, yang memboleh penyiaran antarabangsa televisyen secara langsung.

1975 – telex automatik yang pertama diperkenalkan.

1979 – Antarabangsa Dial Terus ( International Direct Dailing) diperkenalkan di Malaysia. Ia membolehkan panggilan antarabangsa dibuat tanpa melalu operator.

1980 – ibu sawat elektronik sepenuhnya diperkenalkan di Taman Pelangi, Johor Bahru.

1983 – bermulanya Stesen Persisiran Maritin Kuala Muda untuk perkhidmatan maritin antarabangsa.

1984 – MAYPAC pertama kali melaksanakan pensuisan rangkaian data.

1985 – telefon tanpa wayar bergerak yang terkini dan penyampaian teknologi ATUR yang terbaru.

1987 – operasi jabatan Telekom Malaysia telah diswastakan. Logo baru, misi pertubuhan dan perkhidmatan yang lebih standard telah dijamin.

1988 – TELITA dan Telemail telah dilancarkan. Perkhidmatan ini membolehkan pelanggan memperolehi maklumat terkini untuk pengetahuan dan minat mereka.

1990 – Telekom menyenaraikan sahamnya dalam BSKL untuk menambah kapitalnya.

1991 – lancarkan perkhidmatan Malaysia terus (Malaysia Direct).

1992 – Smarfon diperkenalkan. Ia memboleh panggilan dibuat dengan menggunakan telefon yang khas di mana-mana sahaja dalam zon Smartfon.

1993 – Menara KL dilancarkan. Ia telah menjadi menara yang ketiga tertinggi di dunia.

KELEMAHAN SISTEM KOMUNIKASI DATA

1. Wujud ralat yang menyebabkan kehilangan bit data.
2. Hingar dan gangguan akan mempengaruhi sistem komunikasi data.
3. Akan wujud cross-talk di antara dua saluran yang berhampiran.
4. Terdapat pelemahan (attenuation) pada isyarat.Wujudkan lengah perambatan (propagation delay) yang melambatkan proses pemhantaran maklumat.
5. Semakin tinggi kelajuan sistem, semakin banyak ralat yang dihasilkan.

SOALAN 2: Multimedia Super Corridor (MSC) adalah projek lebuhraya maklumat kebangsaan di negara ini. Soroti ciri-ciri, perkhidmatan, masalah perlaksanaan dan perkembangan mutakhirnya. Hubungkan MSC dengan pengembangan ekonomi. Bentangkan juga aspek-aspek lain MSC. Kemudian laporkan projek seumpamaitu yang dilaksanakan oleh beberapa negara lain.

PENGENALAN

Koridor Raya Multimedia adalah sebuah kawasan khas, 15 kilometer lebar dan 50 kilometer panjang, yang telah dikhaskan untuk pembangunan multimedia di Malaysia. Ia bermula dari Bangunan Kembar PETRONAS di Kuala Lumpur City Centre (KLCC) menghala ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di selatan. Dua buah bandaraya ‘pintar’ yang dinamakan Putrajaya dan Cyberjaya akan dibina dalam kawasan Koridor ini. Putrajaya akan menjadi ibu pejabat baru kerajaan Malaysia. Ia di kenali sebagai bandaraya pintar kerana ia akan dilengkapi segala kemudahan Era Maklumat yang terkini. Ia akan menggunakan Teknologi Maklumat untuk membantu memodenkan sistem kerajaaan dan pentadbiran. Ia akan meningkatkan lagi mutu dan bilangan perkhidmatan yang disediakan oleh kerajaan untuk rakyat. Sistem baru ini akan dinamakan ‘kerajaan elektronik’. Cyberjaya akan menjadi pangkalan beberapa syarikat multimedia yang paling inovatif dan paling besar di dunia. Syarikat-syarikat ini akan membina pusat pengeluaran atau pusat kreatif mereka di sini. Mereka akan menggunakan teknologi multimedia paling canggih untuk membuat produk dan menyediakan perkhidmatan untuk pasaran dunia. Universiti multimedia, rumah pintar, sekolah bestari dan pusat-pusat penyelidikan dan pembangunan (R&D) juga akan dibina di Cyberjaya. Koridor Raya Multimedia akan dilengkapkan dengan segala kemudahan terkini, yang lebih dikenali sebagai ‘infrastruktur’. Ia akan mempunyai rangkaian telekomunikasi optik gentian yang bermutu tinggi untuk memastikan syarikat-syarikat yang berpusat di dalam kawasan ini boleh menghubungi pasaran dunia tanpa sebarang kelewatan atau masalah. Terdapat juga jalan raya dan lebuh raya baru, rumah-rumah bermutu tinggi, pusat membeli-belah dan pasaraya, pusat perniagaan dan kawasan rekreasi. Semua ini diletakkan di bawah kategori ‘infrastruktur keras’. Untuk menggalakkan syarikat-syarikat menempatkan industri multimedia mereka di sini, kerajaan Malaysia sedang merangka undang-undang khas untuk melindungi perniagaan berasaskan komputer dan perniagaan-perniagaan lain yang beroperasi dalam persekitaran baru ini, di mana teknologi multimedia baru digunakan untuk memudahkan transaksi perniagaan. Satu daripada contohnya ialah Akta Jenayah Komputer yang mengenakan hukuman berat ke atas mereka yang menggunakan komputer dan perisian tanpa kebenaran. Kerajaan juga menawarkan pelbagai insentif yang menarik. Semua ini diletakkan di bawah kategori ‘Infrastruktur lembut’. Infrastruktur multimedia Malaysia disifatkan antara yang terbaik di dunia. Syarikat multimedia tempatan dan asing yang menawarkan perkhidmatan atau produk multimedia atau banyak menggunakan teknologi multimedia atau mengambil pekerja berpengetahuan, boleh memohon untuk mendapatkan insentif-insentif tersebut. Syarikat yang layak akan dikenali sebagai ‘ syarikat bertaraf MSC’. Mereka akan dibenarkan mengambil pekerja asing yang berpengetahuan, mereka boleh meminjam wang dari mana-mana sahaja di dunia untuk operasi perniagaan mereka, mereka boleh menikmati kadar khas telekomunikasi, dan mereka tidak perlu membayar cukai pendapatan sehingga 10 tahun atau cukai import untuk peralatan multimedia. Tujuan ialah untuk memberi peluang yang terbaik kepada syarikat-syarikat Malaysia dan antarabangsa untuk bekerjasama dan mewujudkan perkhidmatan dan produk multimedia yang bertaraf dunia.

OBJEKTIF MSC

Malaysia adalah sebuah negara muda, dengan penduduk yang tidak begitu ramai. Namun, ia kaya dengan sumber asli. Dalam masa 40 tahun sejak kemerdekaannya, Malaysia telah mengecap pertumbuhan dan kemakmuran, ia juga dihormati oleh banyak negara maju dan membangun. Di peringkat awal pertumbuhannya, Malaysia menumpukan kepada pembangunan sumber-sumber pertanian dan industri utama, seperti bijih timah, getah, kelapa sawit dan tanaman-tanaman lain. Usaha ini telah membawa kemewahan kepada rakyat. Tidak lama kemudian, kerajaan mula menyedari bahawa untuk mempercepatkan proses pembangunan, ia mesti menggalakkan kegiatan pengilang. Barangan buatan Malaysia dikeluarkan untuk eksport, bagi mendapatkan tukaran asing untuk negara. Dengan itu bermulalah peralihan penekanan ekonomi Malaysia. Selaras dengan aliran perkembangan dunia dan permintaan bagi perkhidmatan kewangan dan perkhidmatan-perkhidmatan lain, Malaysia mula mengambil pendekatan baru. Kerajaan menyedari tentang keperluan untuk memperkenalkan ekonomi baru berasaskan perkhidmatan yang merangkumi pembekalan perkhidmatan maklumat. Malaysia berpandukan Wawasan 2020, yang menetapkan bahawa negara seharusnya mempunyai masyarakat yang matang dan berpengetahuan tinggi menjelang tahun 2020. Untuk mencapai Wawasan ini, Malaysia telah memulakan rancangan untuk memasuki Era Maklumat dan menjadi pemimpin teknologi maklumat dan multimedia serantau. Haluan baru sekali lagi telah ditetapkan untuk menjamin pertumbuhan ekonomi negara pada masa hadapan. Pertubuhan Koridor Raya Multimedia adalah satu strategi yang perlu untuk memastikan Malaysia tidak ditinggalkan oleh negara-negara lain. Strategi ini mencerminkan kebijaksanaan dan wawasan pemimpin negara kita. Dengan Koridor Raya Multimedia yang unik ini, Malaysia akan menarik minat syarikat-syarikat terulung di dunia untuk menempatkan industri multimedia mereka di sini, untuk menjalankan penyelidikan, membangunkan produk dan teknologi baru, dan mengeksport keluaran mereka dari pangkalan mereka di sini.

Koridor Raya Multimedia akan membantu Malaysia:

o mengekalkan kadar pertumbuhan ekonomi yang kukuh, yang mencapai kadar purata 8 peratus setahun sejak 1990.

o membangunkan industri multimedia untuk pasaran dunia.
o meningkatkan produktiviti dan daya saingan dalam lain-lain sektor ekonomi.
o mendapatkan teknologi baru.
o melahirkan para pencipta, penyelidik, pemikir dan pemimpin.
o membangunkan generasi baru perusahaan kecil dan sederhana.

APLIKASI PERDANA

Tujuh aplikasi perintis, yang dinamakan ‘Aplikasi Perdana’, telah dikenalpasti. Ia akan membantu pelancaran Koridor Raya Multimedia. Aplikasi Perdana ini merangkumi :

1. Kerajaan Elektronik

Dengan menggalakkan lebih banyak penggunaan IT, kerajaan berharap untuk mewujudkan pentadbiran yang cekap yang dapat memberikan perkhidmatan yang lebih baik dan lebih cepat kepada rakyat di negara ini – kepada individu dan syarikat perniagaan. Ini akan membawa perubahan besar kepada cara kerajaan tradisional beroperasi.

Contoh: Orang ramai tidak perlu pergi ke jabatan kerajaan untuk memperbaharui lesen atau paspot mereka atau membayar bil air, elektrik atau telefon. Satu hari nanti, mereka boleh melakukannya dari rumah mereka, atau dari kiosk berhampiran.

2. Kad Pintar Serba Guna

Kad elektronik ini boleh menyimpan banyak maklumat. Kad ini akan digunakan untuk transaksi dan juga untuk mendapatkan maklumat.

Contoh: Seorang rakyat Malaysia mungkin hanya perlu membawa satu kad yang akan berfungsi sebagai Kad Pengenalan, lesen memandu, kad imigresen, kad kesihatan, kad tunai elektronik, kad debit, kad ATM dan kad kredit. Seterusnya, dia juga mungkin dapat menggunakannya untuk memasuki tempat letak kereta, untuk penerbangan, untuk mendaftar sebagai pengundi, untuk berurusan dengan KWSP dan sebagainya.

3. Sekolah Bestari

Sekolah Bestari adalah sekolah yang dilengkapkan sepenuhnya dengan komputer dan lain-lain kemudahan multimedia, dan membawakan satu pendekatan pembelajaran baru. Sekolah-sekolah ini akan menggunakan kurikulum baru bagi mata pelajaran Bahasa Malaysia, Inggeris, Matematik dan Sains. Kumpulan pertama 90 buah Sekolah Bestari akan ditubuhkan pada tahun 1999.

Contoh: Pelajar Sekolah Bestari akan merupakan pelajar yang sangat kreatif dan mempunyai pengetahuan teknikal . Mereka akan menentukan arah pembelajaran mereka sendiri supaya mereka boleh menjadi rakyat yang produktif dalam Masyarakat Maklumat baru.

4. Teleperubatan

Satu pendekatan baru dalam penjagaan kesihatan akan diperkenalkan melalui lebih banyak penggunaan multimedia. Dinamakan Teleperubatan, ia akan membolehkan perkhidmatan penjagaan kesihatan disampaikan kepada orang ramai dengan cara yang baru dan cekap. Individu akan lebih bertanggungjawab terhadap kesihatan dan kesejahteraan mereka, dan taraf penjagaan pesakit akan ditingkatkan. Teleperubatan sangat berguna kepada masyarakat luar bandar.

Contoh: Di bawah sistem baru ini, seseorang individu boleh mendapatkan maklumat kesihatan dan nasihat perubatan dengan serta-merta daripada pakar-pakar penjagaan kesihatan dan pekerja sosial di pusat- pusat perkhidmatan masyarakat atau kiosk.

5. Kelompok R & D

Objektifnya ialah untuk menubuhkan sebuah pusat penyelidikan dan pembangunan multimedia di Malaysia yang bakal menjadi antara yang terbaik di dunia. Universiti, syarikat, sekolah, institusi penyelidikan dan lain-lain pertubuhan akan bergabung untuk membantu membangunkan teknologi multimedia generasi akan datang. Geran penyelidikan khas akan diberikan kepada syarikat-syarikat yang layak.

Contoh: Seorang pakar sains terkenal di dunia akan bekerja dengan seorang jurutera komputer Malaysia untuk mencipta aplikasi dan teknologi IT baru yang akan memberi faedah kepada dunia. Hasil ciptaan ini boleh menjadi asas industri baru bagi negara kita.

6. Jaringan Pengilangan Sedunia

Persekitaran yang sesuai akan disediakan untuk menggalakkan reka bentuk dan pengeluaran produk dan perkhidmatan multimedia baru. ‘Jaringan‘ bermaksud koleksi indusri pengilangan yang boleh merebut peluang menggunakan kekuatan satu sama lain, dalam bidang kejuruteraan, pengedaran, pemasaran, penyelidikan atau reka bentuk.

Contoh: Syarikat-syarikat IT multinasional akan berganding dengan syarikat-syarikat Malaysia untuk menjalankan penyelidikan terhadap produk yang inovatif dan kompetitif untuk eksport ke rantau ini dan seluruh dunia.

7. Pemasaran Tanpa Sempadan

* Tujuannya ialah untuk merebut peluang-peluang daripada ketiadaan sempadan dunia yang disebabkan teknologi komunikasi baru. Syarikat-syarikat yang terletak dalam Koridor Raya Multimedia akan digalakkan menyediakan produk lebih baik, dengan kos lebih rendah dan memudahkan produk mereka diperolehi di seluruh dunia. Produk ini akan berkisar pada perdagangan elektronik, telepemasaran dan penyiaran digital.

Contoh: Sebuah syarikat akan menggunakan kelebihan teknologi IT dan multimedia untuk memasarkan produk dan perkhidmatannya ke seluruh dunia. Ia boleh berinteraksi dengan pelanggannya di seluruh dunia sepanjang masa; ia boleh menghubungi mereka tidak kira di mana mereka berada; ia boleh menghantar maklumat pemasaran dan produk dalam bentuk elektronik dan seterusnya mewujudkan lebih banyak peluang perniagaan.

o MASALAH YANG DIHADAPI OLEH MSC

Idea MSC nampaknya menarik dan sekiranya berjaya dilaksanakan seperti dalam perancangan akan mentransformasikan taraf ekonomi negara kepada negara berasaskan pembangunan teknologi maklumat.

MSC tidak harus meniru bulat-bulat atau “cut and paste” dari model SiliconValley, Californai, Amerika Syarikat. Apa yang penting ialah mesti mengambil pertimbangan keunikan sosial, politik dan pembangunan ekonomik Malaysia. Dengan itu barulah bersesuaian dengan keperluan kita. Begitu juga, manfaat yang diperolehi harus dilimpahkan ke seluruh negara dan bukan tertumpu kepada MSC sahaja.

1. Cabaran Kes Cetak Rompak Perisian

Semasa pertemuan CEO Microsoft Corporation, Bill Gates dengan Dr Mahathir , Bill Gates telah mengemukakan isu cetak rompak perisian yang berlaku secara berleluasa di Malaysia. Sebenarnya, sekiranya keadaan cetak rompak perisian tidak dikawal , maka syarikat-syarikat pembangunan perisian terpaksa berfikir dua kali sebelum menyertai MSC. Ini memandangkan bahawa, pulangan terhadap pelaburan bagi syarikat pembangunan perisian akan merosot akibat cetak rompak perisian.

Cetak rompak perisian di Malaysia akan dapat dikawal dengan lebih rapi dengan penguatkuasaan Intellectual Property Protection Act yang bakal dibentang di Parlimen pada Mac 1997. Memandangkan penubuhan MSC dengan datangnya pelabur yang membangunkan perisian, penguatkuasaan undang-undang ini menunjukkan komitmen kerajan untuk mempertahankan kepentingan pelaburan syarikat-syarikat asing ini. Akta tersebut akan meliputi Hakcipta Intelektual yang akan dilaksanakan merentasi negara (cross-country ownership of intellectual property) (Nur Aida Mustafa,New Straits Times, 10-10-1996).

2. Saingan dengan Pesaing yang lain

+

MSC Malaysia terpaksa bersaing dengan pusat kajian ternama di seluruh dunia seperti Silicon Valley di California, dan pusat di Massachusetts. Isu yang paling kritikal bagi MSC ialah bagaimana kita dapat menyakinkan syarikat antarabangsa untuk melabur di sini dan juga menggalakkan syarikat antarabangsa untuk melaksanakan usaha Penyelidikan dan Pembanguna (R&D) di Malaysia.

2.4.3 Kesan Limpahan MSC

Sungguhpun projek MSC hanya tertumpu di sekitar dari Kuala Lumpur ke Sepang, namun menurut Datuk Seri Dr. Mahathir Mohamad, ia akan diperkembangkan ke negeri yang lain termasuk juga Malaysia Timur pada masa akan datang. Beliau menegaskan bahawa pembangunan MSC akan menjadi tidak bermakna sekiranya apa yang diketengahkan dapat diserap sehingga ke New York tetapi sebaliknya kawasan Sabah dan Sarawak diketepikan (Nan Yang Shang Pao, 23 Disember 1996).

Adalah tidak bermakna sekiranya kejayaan MSC mewujudkan segolongan elit yang kaya maklumat (information rich) dengan menggunakan Lebuhraya Maklumat sementara golongan majoriti rakyat masih miskin maklumat (information poor) yang masih menggunakan Jalan Kampung Maklumat. Dengan itu, faedah MSC harus disalurkan seluruh negara secara berperingkat-peringkat. Sebagai misalannya, dalam kesungguhan kita berbicara terhadap “smart school” tetapi masih terdapat 1273 buah sekolah rendah di Malaysia yang masih tiada bekalan elektrik dan masih tiada sambungan rangkaian di kebanyakan maktab perguruan di seluruh Malaysia.

Terlalu banyak fokus kepada syarikat asing

Dalam dunia perniagaan, faktor perkiraan ialah Return On Investment. Syarikat antarabangsa tidak mengenal sempadan negara. Maka mereka akan berpindah ke mana sahaja yang dapat memberi peluang terbesar kepada negara. Dengan itu, MSC harus membuka ruang yang besar kepada pertumbuhan syarikat tempatan. Walaupun kita mempunyai perisian tempatan yang berpotensi seperti Nalinam (Pemproses perkataan Bahasa Tamil) serta Vbuster (virus scanner) , seolah-olah perisian ini dipinggirkan.

Darjah Keterbukaan Dasar Budaya Negara

Menurut Michael Porter, salah satu faktor daya saingan sesebuah negara ialah nilai serta budaya kebangsaaan. Satu daripada idea yang akan dilaksanakan di MSC ialah mempelawa industri perfileman di Hollywood untuk membuka studio multimedia di Malaysia. Adalah menjadi satu tanda tanya bagaimana idea ini dapat dijayakan sekiranya penganjuran konsert Michael Jackson terpaksa melalui pelbagai rintangan (walaupun akhirnya diberi kebenaran) serta filem “Schindler’s List” diharamkan.

Hal Perundangan siber

Untuk melindungi pelaburan syarikat gergasi antarabangsa di MSC, beberapa akta berkenaan siber telah digariskan oleh kerajaan. Antaranya ialah Intellectual Property Protection Act, Digital Signature Act dan Computer Crime Act. Memandangkan bahawa ini merupakan kali pertama Malaysia menggariskan undang-undang siber, maka masalah teknikal telah timbul sehingga draf undang-undagan siber yang sepatutnya dijangka dibentang di Parlimen pada persidangan bulan Disember 1996 untuk perdebatan telah ditunda ke bulan Mac 1997.

Oleh kerana undang-undang siber merupakan sesuatu yang agak baru, maka kekaburan dalam perkara perundangan mungkin timbul yang akan merugikan para pelabur.

Kekurangan sumber manusia yang mahir

Walaupun terdapat ratusan siswa/siswi lulusan teknologi maklumat yang memasuki pasaran kerja setiap tahun, tetapi angka tersebut jauh daripada mencukupi untuk menjayakan MSC sepenuhnya. Kerajaan telah mengambil langkah menambah bilangan kemasukan pelajar teknologi maklumat serta meluluskan permohonan kolej serta universiti swasta untuk menghasilkan lebih ramai lulusan teknologi maklumat.

Sekiranya masalah kekurangan sumber manusia yang mahir ini tidak dapat diatasi, dijangkakan pasaran kerja akan menjadi ketat dan akibatnya ialah kos sumber manusia menjadi terlalu mahal dan daya saingan MSC akan berkurangan.

MSC DAN EKONOMI

Sebarang ekonomi terbuka yang dikelilingi oleh sektor ekonomi yang mempunyai masalah akan turut dipengaruhi. Sekarang hanya sedikit sahaja sektor ekonomi yang tidak dipengaruhi. Dalam kes ini, Malaysia bukan berada dalam kedudukan yang unik. Kemelesetan ekonomi di Asia Timur dan aliran modal yang besar dalam rantau ini mempunyai kesan ke atas ekonomi Malaysia.

Sebagai tindak balas kepada masalah ini, NERP (New Economic Recovery Plan) telah diwujudkan dengan 6 strategi yang khas untuk menghadapi situasi tersebut.

Diketahui umum bahawa Malaysia mempunyai dasar ekonomi yang kukuh, keperluan paling penting dan kritikal ialah untuk memulihkan keyakinan dalam kestabilan makro-ekonomi Malaysia. Pendekatan utama untuk NERP – untuk menstabilkan pasaran, memperkuatkan dasar ekonomi, telah termasuk dalam 6 objektif berikut:

o Menstabilkan nilai ringgit
o Memulihkan keyakinan pasaran
o Mengekalkan kestabilan pasaran kewangan
o Memperkukuhkan dasar ekonomi
o Meneruskan ekuiti dan agenda sosial-ekonomi
o Memulihkan sektor yang terjejas.

Ia adalah lebih disukai untuk membuat pelaburan di MSC kerana langkah-langkah yang telah diambil untuk mengasingkan ekonomi yang terjejas akibat ketidakstabilan nilai ringgit. Strategi yang pertama dalam NERP ialah memperkenalkan Exchange Control Measure (ECM) di mana tujuannya adalah untuk mengatasi masalah alairan kapital jangka pendek dan spekulator. Pelaburan dan aliran dalam jangka masa melebih satu tahun adalah tidak terjejas. Syarikat MSC-Status akan dikecualikan daripada semua kawalan. Ia akan mempunyai pilihan untuk perumahan ditepi bukit, tasik dan kondominium untuk memenuhi keperluan keluarga. Ia juga akan dipenuhi dengan pasaraya dan kemudahan rekreasi serta pergerakan yang cepat dan mudah ke KL Tower, KLCC, Putrajaya dan KLIA.

Sesetengah kritikan telah dilemparkan dan melabelkan MSC sebagai projek ‘gajah putih’ dengan publisiti murah yang meluas. Ia adalah satu kenyataan bahawa semenjak penurunan mata wang ringgit Malaysia, banyak projek kemudahan telah ditunda. Jika tidak berbuat demikian, akan menyebabkan sektor sumber asli negara turut terjurus dalam situasi kegawatan ekonomi. Tetapi MSC tidak terjerumus dalam ketegori tersebut. Sebaliknya, situasi ekonomi masa kini telah menyebabkan ia lebih penting untuk merealisasikan matlamat MSC pada tempoh yang lebih cepat.

Dalam NERP, projek ini telah dikenalpasti sebagai enjin perkembangan yang seterusnya dan ia adalah di bawah naungan kerajaan sepenuhnya. Untuk memastikan bahawa Cyberjaya dan MSC tidak akan dilengkahkan olehkekurangan sumber, kerajaan telah mengambil inisiatif untuk membeli 55 peratus ekuiti Cyberview Sdn Bhd.

Semua sektor dalam ekonomi Malaysia akan menjadi lebih berkembang dengan lebih cergas dan cepat berikutan implementasi Koridor Raya Multimedia (MSC). MSC akan membantu meletakkan ekonomi negara daripada mod ‘input-driven’ kepada mod ‘productivity-driven’. Faktor ini akan mempengaruhi perubahan pada teknologi maklumat dan multimedia. MSC yang bertindak sebagai strategi ekonomi dijangka akan menumpu kepada teknologi baru dan pelaburan yang boleh meningkat jumlah produktiviti pengeluaran, perkhidmatan dan sektor lain ekonomi.

MSC DAN JIRAN SERANTAU

Apabila Singapura merehatkan undang-undang Internet censorship pada tahun lepas, banyak pemerhati melihatnya sebagai hasil secara langsung terhadap persaingan yang semakin meningkat daripada jiran utaranya, Malaysia. Dengan wujudnya projek Singapore ONE di Singapura, ia akan menandingi keuntungan yang ditawarkan oleh MSC Malaysia.

Singapore ONE adalah rangkaian broadband seluruh negara yang merupakan satu kunci untuk kerajaan Singapura untuk menukarkan republik tersebut kepada satu ‘pulau cerdik’ menjelang tahun 2000. Kerajaan Singapura telah mengenalpasti 100 aplikasi interaktif untuk projek ini. Di antaranya adalah tele-shopping, home banking, digital library, virtual university, news, video-on-demand dan pelbagai perkhidmatan hiburan yang lain.

Dilancarkan oleh Perdana Menteri Goh Chok Tong pada Jun lepas, ia dijangka sejumlah 800 000 pengguna akan sign on ke Singapore ONE apabila projek ini dilancarkan secara komersial pada suku pertama tahun ini. Disebabkan Singapura merupakan satu pulau, membuat pendawaian untuk seluruh negara adalah tidak serumit negara kita. Disebabkan keputusan Malaysia untuk membina MSC di atas bekas kawasan pertanian, ia akan mengambil sedikit masa yang lebih sebelum kemudahan yang diperlukan boleh beroperasi.

Walaupun terdapat sedikit perbezaan di antara MSC dan projek Singapore ONE, tujuannya adalah sama secara dasarnya: untuk memperbaikan kehidupan rakyatnya dan untuk menarik perhatian pelaburan daripada syarikat IT yang bertaraf kelas dunia. Satu soal selidik yang dijalankan oleh Singapore Rederation of the Computer Industry (SFCI) menunjukkan bahawa bilangan syarikat IT yang merancang untuk mengambil tempat dalam Singapore ONE adalah hampir sama dengan mereka yang ingin menyertai MSC: 69% darpada syarikat menunjukkan mereka berhasrat untuk menawarkan produk dan perkhidmatan kepada Singapore One sementara 67% menyatakan bahawa mereka berminat untuk menyertai MSC. Ia menunjukkan bahawa fenomena ini menguntungkan kedua-dua pihak.

PERKEMBANGAN MUTAKHIR MSC

Sehingga sekarang, terdapat sebanyak 270 buah syarikat yang telah memohon untuk menyertai MSC. 203 daripada permohonan tersebut telah diluluskan. Daripada permohonan yang telah diluluskan itu, 50 buah daripadanya adalah dalam bentuk pergabungan (joint venture).

Pada 15 Februari yang lalu, Multimedia Development Corporation Sdn Bhd (MDC) telah menandatangani satiu perjanjian dengan Australia-based Asia-Pacific Information Technology and Telecommunications Corporation (APIT & T Corporation) dan Asia-Pacific Information Technology Awards (APITA) of Malaysia untuk mewujudkan satu program anugerah yang dinamakan sebagai Asia-Pacific Multimedia Super Corridor Information Technology and Telecommunications Awards (APMITTA). Tujuan penganugerahan ini adalah untuk memberikan pengiktirafan kepada orang perseorangan, pelajar, usahawan, organisasi industri kecil dan sederhana yang membantu dalam pembangunan Multimedia Super Corridor (MSC). Penganugerahan yang diberikan adalah berdasarkan kepada jasa mereka terhadap aplikasi MSC, penyelesaian dan perkar-perkara yang berkaitan dengan MSC. Secara tidak langsung, penganugerahan ini juga akan membantu kerajaan dalam mempromosi projek MSC kepada lebih banyak negara lagi terutamanya dalam rantau Asia Pasifik dalam bidang teknologi maklumat. Selain itu, penganugerahan ini juga dapat menimbulkan kesedaran dalam bidang teknologi maklumat di kalangan orang awam.

Pada 18 March 1999 pula, 4 buah syarikat yang diberi status dalam MSC telah menyertai dalam CEBIT ’99 di Hannover, Jerman. CEBIT ’99 meruapakan satu pameran teknologi maklumat terbesar di dunia. Penyertaan ini akan memperkenalkan industri teknologi maklumat Malaysia kepada pasaran antarabangsa dan menunjukkan bahawa syarikat tempatan juga dapat mencapai kualiti antarabangsa.

SOALAN 3: Bincangkan dengan sempurnamasalah Y2K.

3.1 PENGENALAN

Isu Tahun 2000 kini kerap dipaparkan di media massa. Istilah “Y2K” pula sering digunakan dalam merujuk isu ini. “Y2K” adalah singkatan bahasa Inggeris “Year 2000″ di mana Y daripada perkataan “Year” dan 2K angka “2000″.

Yang pasti isu ini kini menjadi isu negara. Kepentingan serta kesungguhan kerajaan Malaysia dalam menangani isu ini terbukti dengan tertubuhnya sebuah kumpulan khas khusus untuk mengawasi perjalanan penyelesaiannya. Selain giat melaksanakan aktiviti memantau status organisasi di Malaysia dalam usaha mereka menangani isu Y2K ini, kumpulan ini juga berusaha untuk meningkatkan kesedaran umum dan menyebarkan maklumat tentang isu serta cara penyelesaiannya.

Masalah yang mungkin timbul dari isu Tahun 2000 ini berpunca daripada penggunaan hanya dua angka terakhir dalam merujuk tahun. Ia bermula sejak kira-kira 30 tahun lalu apabila aplikasi komputer mula ditulis di mana pada ketika itu penjimatan ruang menyimpan data adalah sasaran utama. Ini kerana pada ketika itu harga cakera dan memori beberapa kali ganda berbanding harga di pasaran sekarang.

Akibatnya, bila kita melangkah ke tahun 2000, komputer mungkin gagal mengenal pasti berlakunya perubahan abad. Sebaliknya menganggapkan dua angka “00″ itu sebagai 1900. Pelbagai kesan mungkin berlaku jika tindakan pembetulan tidak diambil. Perlu diingatkan bukan komputer saja yang mungkin terjejas, malah semua peralatan yang mengandungi cip elektronik dan menyimpan atau memproses data tarikh atau waktu mungkin terbabit.

Di Malaysia, usaha meningkatkan kesedaran serta kefahaman isu Y2K ini telah bermula sejak tahun 1997 lagi di bawah penguasaan Pasukan Petugas Y2K di peringkat Majlis Teknologi Maklumat Negara (NITC). Kini usaha ini diteruskan oleh Kumpulan Kerja Y2K yang dnaungi oleh Kementerian Tenaga, Komunikasi dan Multimedia. Kumpulan Kerja ini berbentuk sebuah Jawatankuasa Pemandu Y2K serta sebuah Pasukan Projek Y2K.

Dipengerusikan oleh Menteri Tenaga, Telekom dan Pos, Jawatankuasa Pemandu ini telah ditugaskan untuk memandu usaha menjadikan organisasi di sektor awam mahu pun swasta menuruti (compliant) Y2K. Manakala Pasukan Projek Y2K pula ditubuhkan untuk mengurus dan menyelaraskan tindakan yang perlu diambil serta memantau perkembangan sektor swasta dalam menangani isu Tahun 2000 ini.

Di masa yang sama bagi sektor kerajaan, usaha Y2K yang dimulakan sejak tahun 1997 ini akan diteruskan oleh Unit Perancangan Dan Pengurusan Sumber Manusia (Mampu); kini usaha Mampu diselaraskan dengan kegiatan Kumpulan Kerja Y2K Negara.

Jawatankuasa Pemandu Y2K ini dianggotai oleh agensi pengawal dan agensi payung yang menjaga kepentingan industri berkaitan. Agensi ini juga akan menyediakan laporan ke Kabinet dari masa ke semasa. Semua tindakan susulan yang perlu untuk negara dan mungkin timbul dari perbincangan mengenai kemajuan agensi tersebut dalam menangani isu ini akan diputuskan di peringkat Kumpulan Kerja Y2K dan akan hanya di bawa ke Kabinet jika perlu.

Di antara tindakan awal yang telah pun dilaksanakan oleh Pasukan Projek Y2K negara ini ialah dengan mewujudkan laman web Y2K Malaysia iaitu www.y2k.gov.my. Laman ini berperanan sebagai satu platform bagi pertukaran maklumat dan pengalaman serta panduan penyelesaian masalah Y2K. Antara kandungan laman web ini ialah Pusat Sumber Y2K yang merupakan perpustakaan siber yang mengandungi peralatan bagi menilai masalah Y2K, buku, jurnal dan kertas kerja yang disediakan oleh tokoh terkemuka IT.

PUNCA DAN DEFINISI

Ia bermula disebabkan oleh tindakan yang disebut sebagai ‘murah hati’ untuk menjimatkan ruang ingatan yang menyebabkan dunia sekarang menjadi kucar kacir. Apabila para pencipta menetapkan tahun dengan 2 digit berbanding 4 digit, sedikit yang mereka sedari bahawa menjelang 21 Januari 2000, ia akan menyebabkan kesilapan aritmetik (arithmetic delinquencies) dan kekeliruan keseluruhan sistem. Sebagai contohnya, satu transaksi bank yang bertarikh 25 Julai 1997 akan direkodkan sebagai 07/25/97. Banyak perisian yang menambahkan nilai 1900 kepada kod 2 digit untuk mengira tahun sebanar. Satu kad kredit yang diyurankan pada 1 Januari 2000 akan menanggung faedah untuk 99 tahun kerana transaksi sepatutnya bertarikh 01/01/00.Ini bermaksud komputer menganggapkannya sbagai transaksi yang sama berlaku pada 01/01/1900.

Satu lagi masalah utama berlaku untuk penarikhan 6 digit adalah apabila kita berniat untuk membanding tarikh sebalum dan selepas 2000. Sebagai contohnya, 01/09/99 dan 01/01/00, apabila kita menukarkannya kepada kod mudah, ia akan dibaca sebagai 990901 dan 000101. Jelas sekali, 990901 adalah lebih tua berbanding dengan 000101. Tetapi dalam realiti, ia adalah tidak benar.

Memandangkan komputer tidak boleh memproses tarikh sekarang sebagai 2000, ia juga tidak boleh mengira tahun lompat. Semua tahun yang dibahagikan dengan 4 akan dianggapkan sebagai tahun lompat kecuali untuk abad. Satu abad akan dianggap sebagai tahun lompat jika ia dibahagikan dengan 400. Sebagai contohnya, 1996 dianggap sebagai tahun lompat kerana ia boleh dibahagi bersih oleh 4 (1996 / 4 = 499) manakala 1997 tidak boleh dibahagi bersih oleh 4 (1997 / 4 = 499.25). Sementara itu, 1900 bukanlah tahun lompat kerana ia tidak boleh dibahagi bersih dengan 400 (1900 / 400 = 4.75). Tahun 2000 adalah tahun lompat kerana ia boleh dibahagi bersih oleh 400 (2000 / 400 = 5).

Apabila kita melangkah ke tahun 2000, komputer tidak boleh lagi untuk membezakan tahun 2 digit lagi. Tarikh “00″ mungkin dianggap sebagai 1900 berbanding denan hakikatnya 2000. Dengan itu, pengiraan yang melibatkan tarikh akan menyebabkan jawapan yang salah. Pada 1 Januari 2000, komputer akan menakrifkan tarikh ini sebagai 01/01/00, merujuk tahun 1900, meninggalkan kita 99 tahun di belakang masa. Ini akan mengganggu perkhidmatan awam, transaksi bank, pengiraan faedah pinjaman dan banyak lagi yang menyebabkan kehilangan harta wang yang berjumlah berbillion-billion.

Hanya sedikit sistem sahaja yang boleh diasingkan daripada Y2K dan ia telah dianggarkan bahawa terdapat 500 billion talian kod aplikasi seluruh dunia, dengan 85 peratus yang terpaksa untuk diperbetulkan. Pelbagai laporan mengatakan bahawa menjelang pertukaran millenium yang baru, sebanyak 50 peratus perniagaan yang gagal untuk mengalamatkan tahun 2000 akan gagal sama sekali. Selain menjadi bahaya dan mahal, tahun 2000 juga menjejaskan perkakasan komputer seperti BIOS, real-time clock, embedded firmware, bahasa dan pengkompil, sistem operasi, penjana nombor rawak, sistem pengurusan database, sistem transaction-processing, sistem perbankan, PBX, jadual penerbangan dan sebarang sistem yang berhubung kait dengan tarikh.

Melayari laman web menunjukkan bahawa terdapat tahap kesedaran Y2K telah berkembang dengan laman-laman web yang menuju kepada masalah ini. Pengurus dan sumber IT menjadi berat hati memikirkan masa depan masing-masing apabila tanggal 31 Disember 1998 kian menjelma. Mengetahui bahawa ia akan menjadi satu malapetaka IT yang tidak berdaya untuk berjuang, terutamanya mereka yang mempunyai sedikit sumber untuk menghadapi masalah tersebut.

Anggaran kasar untuk mewujudkan satu penyelesaian kepada isu Y2K memerlukan kos kira-kira Dollar US $400 – 600 billion seluruh dunia. Tambahan 200 000 pengaturcara (programmer) COBOL akan juga diperlukan. Bukan sahaja organisasi yang akan terjejas dengan virulent millenium bug ini, ia boleh jadi kepada sesiapa sahaja, termasuk pengguna komputer peribadi.

Secara umumnya, terdapat 3 definisi yang digunakan untuk mengalamatkan isu tahun 2000 atau lebih biasa dikenali sebagai Millenium Bug. Terdapat definisi oleh badan-badan berikut:

o British Standard Institution (BSI)
o Information Technology Association of America (ITAA)

British Standard Institution (BSI)

Dalam penerbitan BSI yang berjodol “A Definition Of Year 2000 Conformity Requirements” menjelaskan definisi berikut:

Peraturan 1: Tiada nilai untuk tarikh terkini yang akan menyebabkan gangguan dalam operasi.

Peraturan 2: Fungsi yang berasaskan tarikh mesti berkelakuan konsisten untuk tarikh yang berkenaan, sebelum dan selepas tahun 2000.

Peraturan 3: Dalam semua antaramuka dan storan data, sebarang tarikh dalam abad mesti dinyatakan sama ada explicity atau dengan unambiguous algorithms atau peraturan inferencing.

Peraturan 4: Tahun 2000 mesti dikenalpasti sebagai tahun lompat.

Information Technology Association of America (ITAA)

ITTA menjelaskan tahun 2000 sebagai satu cabaran IT,

Definisi untuk satu produk IT membolehkan ia menyahut cabaran Tahun

2000:

“Satu produk IT, apabila digunakan berdasarkan kepada dokumentasinya yang berkenaan, akan membolehkan pemasangan yang jitu pemprosesannya, membekalkan dan/atau menerima data tarikh daripada, kepada dan di antara abad ke-20 dan ke-21, termasuk tahun 1999 dan 2000, dan pengiraan tahun lompat, membekalkan pertukaran data tarikh yang sesuai untuk semua produk (contohnya, perkakasan, perisian dan firmware) yang digunakan bersama produk IT.

2. KESAN Y2K PADA TAHUN 2000

Tidak kira perseorangan mahupun syarikat besar, mereka yang menggunakan sistem dua angka untuk mewakili data tahun dan waktu pada komputer masing-masing akan menghadapi masalah ini. Melihat kepada kesuntukan masa, dijangkakan lebih 50 peratus daripada jumlah syarikat di seluruh dunia tidak akan sempat menyempurnakan pembetulan itu. Banyak syarikat juga akan kelam-kabut kerana operasi harian tidak dapat dijalankan disebabkan sistem komputer yang tidak berfungsi dan membaca memori.

Pengasas syarikat pembangun perisian terkemuka dunia yang juga pemilik Microsoft, Bill Gates, turut mengenal pasti dan menyatakan kebimbangan ini. Menurut Gates, keadaan ini memang memeningkan kepala walaupun kesan teruknya masih belum dapat dilihat. Bayangkan apa akan terjadi apabila 1999 dilalui dan tahun 2000 menjelma.

Komputer akan mengenal tahun 1999 sebagai 99. Maka tahun 2000 ialah 00. Tahun 00 bersamaan dengan tahun 1900! Kita akan berada dalam situasi 100 tahun ke belakang. Keadaan ini akan berlaku dalam semua peringkat perkakasan, peranti dan aplikasi komputer sama ada baru atau lama. Potensi berlakunya kelam-kabut ekonomi inilah sangat membimbangkan. Kesilapan tarikh dan waktu yang dirakamkan oleh komputer boleh menyebabkan masalah besar kepada kehidupan dan pengurusan kita. Contohnya pinjaman perumahan kita boleh dikenakan kadar faedah untuk 100 tahun kerana komputer membaca 00 sebagai tahun 1900. Semua baki kad kredit akan turut dikenakan 100 tahun faedah. Pastinya pengguna akan melompat jika kesannya merugikan mereka! Ralat akan berlaku di sana sini.

Dalam pelaksanaan perisian yang mengira umur manusia, mungkin duit persaraan atau gratuiti yang bakal diperolehi dinafikan, bayaran tempoh matang insurans terkebelakang, sistem inventori pula tersalah memesan stok sehingga penghantaran dibuat dalam jumlah yang tidak munasabah. Apatah lagi jika jual beli membabitkan kontra pasaran hadapan. Tarikh akhir kewangan juga akan menjadi kacau bilau. Bagi bank, broker dan syarikat kewangan, sebarang berita buruk mengenai kacau-bilau itu apabila mula diketahui, boleh membuatkan penyimpan mengeluarkan simpanan mereka secara serta-merta. Kesannya lebih lagi kepada syarikat yang disenaraikan. Jika ia sebuah bank atau syarikat kewangan masalah lebih besar akan dihadapi. Harga saham mereka juga akan terjejas apabila keyakinan terhadap pengurusan semakin menipis.

Selain itu, rekod terutama mengenai tarikh, sejak bila seseorang itu memiliki saham sesebuah syarikat juga sukar dikemaskinikan. Lebih-lebih lagi -apabila kesuntukan masa bagi memastikan sama ada ia layak dibayar dividen atau tidak. Jika ‘Millennium Bug’ tidak kita ambil peduli dan dipandang remeh untuk diselesaikan segera, risikonya besar.

Disebabkan pentingnya masalah ini ditangani segera, Suruhanjaya Sekuriti (SC) tidak lagi boleh bertolakansur bagi memastikan semua 446 syarikat di Papan Utama dan 276 di Papan Kedua di Bursa Saham Kuala Lumpur (BSKL) mengikuiti tarikh sasaran menyelesaikan masalah Y2K ini. SC mewajibkan sebelum 31Disember tahun ini, ia boleh dikuatkuasakan. Setiap perkembangan dan usaha kearah itu mesti diberitahu kepada umum.

Sebenarnya banyak kerja dan ketelitian perlu dibuat oleh semua syarikat terbabit. Bermula dengan penyiasatan yang sangat rapi kepada rangka data alam program komputer dan menilai kesannya kepada organisasi itu, mereka juga mesti membuat perancangan dan strategi melaksanakan penyelesaian Yang menyeluruh dengan mengunakan khidmat-perunding terbaik. Syarikat awam itu tidak dapat tidak untuk mengelak daripada menghadapi kenyataan, mereka perlu melakukan sesuatu dengan segera bagi menyelamatkan organisasi masing-masing.

Cabaran yang menanti ialah untuk mengenalpasti setiap satu kemungkinan berlaku sistem, tidak berfungsi dalam program komputer dan juga peranti komputer. Selepas proses mengenalpasti mereka mesti dalam jangka masa yang terhad, membuat segala pembetulan yang diperlukan bagi memastikan sistem operasi syarikat berjalan dengan lancar walaupun selepas tahun 2000.

Kita harap pengurusan syarikat berhad malah syarikat sendirian sedar bahawa dalam tempoh terdekat ni, tidak ada jalan pintas menyelesaikan Y2K dan ia tidak boleh diserah kepada pengurus teknologi maklumat saja. Di pihak kerajaan, Millennium Bug ini memang mendapat perhatian. Pasukan Bertindak Y2K sudah ditubuhkan di bawah kelolaan Majlis Teknologi Maklumat Negara (NITC). Pasukan dibentuk dengan mengandungi tiga kumpulan petugas yang menangani bidang masing-masing iaitu Jawatankuasa Teknikal Bagi Sistem EDP, Jawatankuasa Teknikal Bagi Sistem Terbenam dan Jawatankuasa Teknikal Bagi Isu Perundangan dan Perniagaan.

Kini terdapat juga sebilangan perisian khusus yang dibangunkan oleh pembaangun perisian seluruh dunia, dan ia dipasarkan di negara ini dengan kerja sama syarikat tempatan. Masing-masing mengakui mempunyai penyelesaian terbaik ke atas masalah Y2K ini. Walaupun pelbagai penerangan dan publisiti dibuat oleh media, tidak ramai yang mahu menggerakkannya sekarang. Seolah-olah kita sudah terbiasa menyediakan kerja yang sengaja kita lewatkan pada saat-saat ahkir. Ketika itulah masing-masing berbut mendapatkan jururunding yang tentunya akan tarik harga.

Walaupun kini banyak syarikat sudah bermula, timbul pertanyaan cukupkah masa yang ada lebih kurang dua tahun lagi bagi menghapuskan semua Millennium Bug ini dalam setiap baris atur cara? Apakah yang akan terjadi seandainya Millennium Bug ini tidak dapat dibetulkan tepat pada masanya? Apakah kehidupan seharian kita akan terjejas teruk nanti? Siapa yang bakal kita persalahkan apabila masalah ini mula mengganggu perjalanan dan urusan hidup kita. Apakah pengguna berhak mengambil tindakan terhadap syarikat yang tidak mengambil berat masalah Y2K ini apabila mereka menghadapi masalah berurusan kelak! Atau terpaksa saja menerima segala sistem secara manual yang akan disajikan.

1. Kesan Y2K ke Atas Ekonomi

Masalah komputer tahun 2000 atau dikenali pepijat alaf (Y2K) boleh menjerumuskan dunia ke dalam kemelesetan ekonomi yang teruk, kata seorang pakar ekonomi. Terdapat peluang sebanyak 60 peratus berlakunya kemelesetan itu seluruh dunia yang memakan masa setahun mulai Januari 2000 atau boleh menjadi sama seriusnya dengan kemelesatan sejagat tahun 1973-1974 yang disebabkan oleh krisis minyak. Pandangan ini disuarakan oleh ketua pakar ekonomi Deuthsche Bank Securities, dalam satu forum yang diadakan di Washington.

Pepijat alaf berlaku kerana komputer-komputer seluruh dunia gagal mengenal pasti tahun hanya dalam angka dua digit dan tidak dapat membezakan antara tahun 2000 dengan tahun 1900. Masalah itu boleh menjejaskan sektor penting termasuk kemudahan awam, sistem telefon, penyiaran, pengilangan dan rangkaian pengedaran.

Yardeni, yang dinamakan oleh akhbar Walls Street Journal sebagai peramal ekonomi Amerika Syarikat (AS) yang terkemuka tahun lalu, berkata, kemelesetan ekonomi boleh berlaku sebelum bulan Januari 2000, mungkin dalam setengah tahun kedua 1999, sekiranya orang ramai semakin bimbang dan mengambil tindakan berhati-hati. Ia mungkin boleh berlaku pada tahun 1999 sekiranya bank mengetatkan dasar pinjaman kepada syarikat yang mempunyai risiko kegagalan pada tahun 2000.

Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) AS merosot 3.7 peratus sepanjang tahun 1973-1974 kerana krisis minyak. Dalam kejatuhan yang serupa, mulai tahun 2000, akan mengurangkan KDNK sebanyak AS$300 juta, kembali kepada angka yang dicapai pada tahun 1998. Kemungkinan kemelesetan disebabkan oleh masalah komputer, adalah penurunan harga. Dengan kadar inflasi jatuh kepada paras sifar dalam kebanyakan negara industri, kemelesetan tahun 2000 boleh menolak kita ke jurang deflasi. Pengempisan harga di AS, sebagai contoh mungkin jatuh sebanyak lima peratus, mewakili 10 peratus dalam kejatuhan nominal KDNK atau kerugian sebanyak AS1 trillion. Pelabur saham mungkin juga kerugian AS$1 trillion sekiranya harga saham merosot seperti mana dalam setiap kemelesetan ekonomi.

Negara-negara industri yang utama harus mengambil tindakan bersama untuk mengelakkan senario yang terburuk daripada berlaku. Kumpulan Lapan, kuasa utama dunia (G-8) membentuk pakatan untuk menggalakkan kempen nasional dan antarabangsa.

3. Y2K DARI SUDUT POSITIF

Walaupun masalah bom jangka digital dalam sistem komputer atau Y2K meninggalkan implikasi besar tetapi tidak semuanya negatif. Syarikat besar yang mempunyai infrastruktur perkomputeran besar dan melakukan pembaikan akan mendapat manfaat selain memastikan sistem mereka beroperasi dengan betul pada 1 Januari, 2000. Masalah Y2K memberi peluang kali pertama kepada pengguna komputer terutama sistem enterpris, melakukan audit perisian yang ada dalam sistem mereka.

Syarikat besar yang telah menggunakan sistem komputer sekian lama tidak pernah melakukan audit perisian dan mungkin tidak tahu perisian apa yang ada dalam sistem mereka. Dengan melakukan pembetulan, syarikat terpaksa membina inventory bagi perisian dan pangkalan data. Dan komponen yang tidak lagi strategik kepada operasi harian syarikat dapat dikeluarkan atau diganti.

Satu lagi manfaat jelas ialah pengetahuan yang diperolehi dari usaha pembaikan sistem. Peralatan dan kaedah dalam menangani masalah Y2K boleh dilaksanakan dalam menangani masalah hampir sama. Ia akan menolak operasi pentadbiran kepada status industri lebih tinggi. Walaupun manfaat operasi pembetulan jelas, senario kos yang berkaitan dengan Y2K salah satu penyebab kelewatan dalam menangani masalah itu. Menurut anggaran global, usaha menggantikan perisian akan memerlukan AS$530 bilion pangkalan data (AS$454 bilion), penggantian cip (AS$76 bilion) manakala perundangan (AS$3000 bilion).

Masalah Y2K di Malaysia sudah melepasi tahap kesedaran kepada syarikat besar dan implikasi negatifnya. Kebanyakan syarikat besar dan industri kritikal seperti kewangan, perbankan, tenaga dan telekomunikasi menyedari masalah itu dan sudah mula bertindak bagi mengatasinya. Kerunsingan sekarang ialah industri kecil dan sederhana (IKS) dan syarikat kecil. Tumpuan harus diberikan bagi menyedarkan golongan ini mengenai masalah Y2K dan kesan kepada perniagaan mereka. Mereka perlu mengetahui sama ada mereka akan terbabit dengan masalah itu. Golongan IKS termasuk kedai kecil atau peruncit yang menggunakan sistem komputer dalam operasi harian mereka.

4. TINDAKAN PEMBETULAN

Y2K bukanlah isu IT semata-mata. la merupakan isu perniagaan yang kritikal dan wujud di semua sektor industri serta mampu menggugat kesejahteraan, kestabilan dan yang lebih penting, untung rugi sesebuah organisasi.

Dengan masa yang makin suntuk, inisiatif menyelesaikan isu ini perlu dilakukan dengan teliti bagi memastikan keberkesanan dan kejayaan projek yang dijalankan. Cara terbaik mengendalikan projek ini ialah melalui proses yang sistematik dan mengikut fasa atau langkah projek Y2K tertentu. Projek Y2K boleh pada dibahagikan kepada enam fasa atau langkah iaitu:

Fasa 1

Penilaian

Fasa 2

Perancangan Terperinci

Fasa 3

Pelaksanaan Pelan Pembetulan

Fasa 4

Ujian

Fasa 5

Pelaksanaan Y2K Compliant Solution

Fasa 6

Pelan Kontigensi

1. FASA 1: Penilaian

Secara amnya, tujuan utama melaksanakan fasa ini ialah menentukan strategi, peruntukan kewangan dan tenaga kerja yang perlu disediakan untuk keseluruhan projek. Apa yang perlu diingatkan, daripada pengalaman organisasi yang telah pun melalui projek Y2K, kos pembiayaan projek ini akan meningkat pada setiap fasa kerana ia penuh dengan kejutan yang agak sukar diramal. Melalui fasa penilaian ini juga tahap risiko dan bahagian operasi berisiko tinggi syarikat serta kesan yang mungkin dialami akibat kegagalan mengatasi isu ini dapat ditentukan.

2. FASA 2: Perancangan terperinci

Perancangan terperinci mengambil strategi projek Y2K dari fasa Penilaian untuk menghasilkan pelan pelaksanaan yang lebih mendalam bagi melaksanakan pembetulan yang perlu.

Fasa 1, Penilaian, menghasilkan strategi keseluruhan Projek Y2K. Strategi ini mengandungi antara lain: Peruntukan kewangan, tenaga kerja atau organisasi projek, penyeneraian inventori menyeluruh komponen yang mungkin terjejas, serta kesan kepada perniagaan atau perjalanan operasi sesebuah organisasi jika komponen tersebut terjejas.

Dari situ, ada empat pelan tindakan pembetulan yang boleh diambil bagi setiap kompenen yang terjejas:

# Tukar (Convert): Betulkan kod atau program perisian dari keadaan non-compliant ke compliant. Contohnya, tukarkan format dua angka ke empat angka dalam perisisan tertentu.

# Ganti (Replace):Ganti sistem yang non-compliant dengan sistem baru yang sudah pun compliant.

# Tingkatkan (Upgrade): Bagi sistem yang mana pembekal sedia ada dapat memberi versi atau model yang boleh ditingkatkan (upgradeable) dari non-compliant ke compliant, terus tingkatkan sahaja.

# Bersara (Discard atau Retire): Henti menggunakan sistem yang tidak perlu lagi untuk mana-mana bahagian operasi organisasi.

Terdapat pelbagai komponen yang terbabit. Setiap komponen yang perlu dilakukan tindakan pembetulan dan langkah kerja tersendiri. Sebagai satu teknik pengurusan projek yang wajar, komponen dan langkah kerja tersebut harus dikumpulkan ke dalam beberapa partition atau bahagian supaya perjalanan projek Y2K lebih mudah diuruskan.

Sebenarnya usaha mengadakan pertition sedemikian bermula di fasa Penilaian lagi. Di fasa Perancangan Terperinci ini, kriteria mengumpulkan komponen yang terbabit ke dalam bahagian tertentu dianalisa dengan lebih mendalam lagi. Jadi, di Fasa Perancangan terperinci ini , keputusan di mana letaknya komponen tertentu di dalam mana-mana bahagian mungkin akan bertukar.

3. Fasa 3: Pelaksanaan Pelan Pembetulan

Fasa ini melaksanakan semua tindakan pembetulan yang dirancang dalam Fasa 2. Sama ada tindakan pembetulan itu membabitkan penukaran, penggantian, peningkatan (upgrade) atau persaraan (retire atau discard) seperti yang diterangkan di atas, pelaksanaannya terus mengikuti pelan bagi setiap partition yang telah diputuskan dalam fasa 2.

Jika penukaran kod dilaksanakan, ia mungkin dilakukan sendiri oleh organisasi itu di tempatnya sendiri atau juga boleh dilakukan oleh pembekal perkhidmatan Y2K yang mempuyai khidmat penukaran kod di pusat penukaran (conversion centre). Lazimnya proses ini dibantu oleh penggunaan peralatan perisian (software tool) yang mampu mengautomasi dan memudahkan proses itu. Tetapi peralatan sedemikian masih belum ada dan kemungkinan tidak akan ada yang mampu melakukan seratus peratus kerja penukaran yang dikehendaki. Jika penggantian sistem atau aplikasi dipilih, ini hampir sama dengan pelaksanaan mana-mana projek IT lain. Bezanya tarikh tamat projek pelaksanaan sistem atau aplikasi baru untuk Y2K tidak dapat ditangguh atau dibiarkan terlambat kerana tahun 2000 akan muncul tepat pada masanya!

4. Fasa 4: Ujian

Ujian Y2K berbeza dengan ujian biasa. Ujian biasa memastikan sesuatu aplikasi berjalan lancar. Ujian Y2K pula tertumpu kepada memastikan aplikasi tersebut beroperasi dengan cara yang sama dan tepat dengan cara SEBELUM pembetulan dibuat. Untuk mendapat kepastian ini, ujian Y2K dibahagikan kepada Baseline Testing, Current Year Testing dan Year 2000 Testing. Dengan menggunakan data tertentu, baseline testing dilakukan ke atas sesuatu aplikasi yang BELUM diperbetulkan untuk mendapatkan hasil ujian.

Kemudian, SELEPAS aplikasi itu diperbetulkan, current year testing dilakukan menggunakan tarikh sekarang – hasil ujian seharusnya sama dengan hasil ujian baseline testing. Akhirnya, Year 2000 testing dilakukan menggunakan tarikh tahun 2000 untuk menguji hasil ujian masih sama dengan kedua ujian, sebeluninya tadi.

Ujian juga harus dilakukan pada dua peringkat. Komponen individu diuji, dan sistem secara keseluruhan diuji bagi memastikan interfaces antara komponen berjalan lancar – termasuk aplikasi dari luar organisasi yang menggunakan data dan tarikh dalam interaksi antara sistem.

5. Fasa 5: Pelaksanaan Y2K Compliant Solution

Penukaran kod perisian dan ujian sememangnya dilakukan pada sistem selain sistem pengeluaran. Oleh itu, selepas tamat ujian Y2K dengan jayanya, tibalah fasa melaksanakan sistem yang sudah Y2K compliant itu pada sistem utama pengeluaran.

Ini tentu membabitkan melatih semula pengguna akhir dengan apa perubahan yang timbul dari pelaksanaan, pembetulan. Sebarang bantuan selepas, pelaksanaan cost implementation support) yang perlu juga harus disediakan.

6. Fasa 6: Pelan Kontingensi Y2K

Fasa terakhir dalam mengendalikan pelan tindakan Y2K adalah pelan kontingensi. Ramai yang berpendapat pelan kontingensi hanya disediakan jika kita menjangkakan kegagalan. Pengalaman mengajar kita bahawa tidak semua yang dirancang pasti menjadi manakala pepatah turut mengatakan sediakan payung sebelum hujan. Dengan ini pelan kontingensi boleh dianggap payung dalam menghadapi kemungkinan kegagalan projek Y2K anda.

Secara amnya, pelan kontingensi adalah untuk memberi anda gambaran apakah tindakan yang harus diambil bagi mengatasi masalah yang mungkin timbul jika rancangan asal menemui gagal. Kontingensi memberi anda pilihan lain dalam menyelesaikan sesuatu keadaan, tidak kira melalui penggunaan teknologi atau manual bagi mengurangkan risiko dan keseriusan kesan yang mungkin terjadi daripada keadaan tersebut.

MENGUJI Y2K KOMPUTER PERIBADI

Semua komputer peribadi yang berada di pasaran hari ini mempunyai perkakasan jam masa sebenar (real-time clock) sebagai sebahagian daripada sistemnya. Jam ini dibina bagi membantu pengguna tidak perlu memasukkan data tarikh setiap kali sistem dimulakan. Semua sistem yang mempunyai jam ini mempunyai keupayaan mengemas kini data tarikh secara automatik.

Bagaimana ia dilakukan? Setiap komputer peribadi mengandungi jam digital yang terbina di dalam perkakasannya. Di sini, bateri jam akan mengekalkan tarikh walaupun sistem dimatikan. Dengan adanya jam ini, tarikh dan dua digit terakhir tahun direkodkan secara automatik mengikut perubahan waktu manakala dua digit permulaan bagi tahun yang juga dikenali sebagai digit abad (century digits) dikemaskini oleh sistem BIOS. Kebanyakan sistem BIOS komputer peribadi sebelum tahun 1996 tidak boleh mengemas kini perkakasan jam digit abad untuk perubahan alaf. Dengan ini digit jam akan tersilap pada tahun 2000 dan mengenalinya sebagai tahun 1900, mengakibatkan sistem operasi menetapkan tarikh yang salah bila sistem dimulakan.

Kesannya, program perisian mungkin menghadapi masalah bila melakukan tugas yang bergantung kepada tarikh (date-dependant tasks). Namun begitu, kebanyakan komputer peribadi yang dikeluarkan selepas tahun 1996 dilengkapi dengan sistem BIOS yang mampu mengemas kini digit jam perkakasan secara automatik.

Berikut ialah cara menguji komputer peribadi, sama ada ia boleh mengenali perubahan abad atau sebaliknya. Ujian ini dilakukan di peringkat MS-DOS dengan menetapkan tarikh pada sistem secara manual. Bagaimanapun, ujian ini boleh membawa risiko kepada data dan perisian.

Oleh yang demikian, sebelum menguji komputer peribadi dengan tarikh tahun 2000, adalah dicadangkan supaya mengenal pasti sama ada mempunyai perisian yang beroperasi secara automatik dan bergantung kepada tarikh (date-dependant) seperti:

o Program sokongan (back-up) yang mengarkib fail selepas tarikh tertentu secara automatik,

o Dairi dan alatan penjadualan yang menjana peringatan mengenai masa dan tarikh,

o Alat pentadbiran projek yang mengemas kini kemajuan sesuatu projek secara automatik,

o Alat proses berteruasan yang dijalankan tanpa bantuan manusia,

o Sebaran perisian yang lupus secara automatik selepas sesuatu tarikh.

Selain itu, pastikan salinan (backup) mutakhir semua data dan program telah dibuat supaya boleh memulih semula sistem untuk beroperasi sepenuhnya.

Sekiranya disambung ke rangkaian, perlu dipastikan ia tidak disambung ke rangkaian sebelum ujian dijalankan. Setelah benar-benar pasti dan yakin mampu memulihkan sistem seperti sedia kala akibat kerosakan daripada pertukaran tarikh, barulah laksanakan ujian seperti berikut:

1. UJIAN 1: Penetapan/paparan tarikh dalam abad ke-21

1. Ubah waktu sistem kepada 01/01/2000 00:01:00

2. Pastikan tarikh yang dipapar adalah betul.

3. Matikan dan mulakan semula komputer.

4. Semak semula tarikh yang dicatat/papar.

2. UJIAN 2: Peralihan dari abad ke-20 ke abad ke-21

1. Ubah jam sistem kepada 31/12/1999 23:58:00

2. Biarkan komputer sehingga bertukar tarikh ke 01/01/2000.

3. Matikan dan mulakan semula komputer

4. Semak tarikh yang dicatat/paparkan.

3. UJIAN 3: Perubahan tarikh ketika komputer tidak digunakan

1. Ubah jam sistem kepada 31/12/1999 23:58:00

2. Matikan komputer, tunggu beberapa minit dan mulakan semula komputer.

3. Semak tarikh yang dirakam dan ia harus memapar 01/01/2000

Sepatutnya komputer mampu mengendalikan keadaan peralihan abad jika tidak menghadapi sebarang masalah dengan ujian di atas. Yang penting sekali ialah, ujian pertama perlu dilepasi.

Bagaimanapun anda tidak perlu bimbang sekiranya komputer gagal di dalam semua ujian tersebut kerana terdapat beberapa software patches dan add-ons bagi mengatasi masalah ini.

ALAN 4: Sila rujuk artikel yang dikempilkan. Buat penilaian kritikal dan tuliskan laporan lengkap.

TAJUK :”SWITCHED INTERNETWORKS EASE NETWORK STRAINS”

PENGARANG : John Higgs

SUMBER : Asia Computer Weekly, 6 April 1998.

VLAN merupakan bidang baru yang boleh membekalkan fungsi LAN (Local Area Network) pada lokasi WAN (Wide Are Network) dengan kos yang rendah seperti sambungan Internet yang tipikal. Sebelah ‘client’ VLAN adalah web-based sepenuhnya dan ia boleh dicapai dengan menggunakan perisian khas yang dipasang pada setiap workgroup. Ia membekalkan perkhidmatan interconnecting ke seluruh dunia, pencapaian mudah ke data dan program.

Idea di sebalik perkhidmatan ini adalah untuk membekalkan perkongsian fail dan aplikasi kepada mereka yang selalu bergerak. Perkhidmatan ini merupakan satu penyelesaian kepadanya dengan menjadikan sebarang jumlah data boleh dicapai dengan senangnya pada bila-bila masa, pada mana-mana jua di dalam dunia.

Suis LAN boleh membahagikan rangkaian menjadi segmen kepada workgroup maya secara logik. Segmentasi logikal ini dipanggil VLAN. VLAN memberikan pentadbiran, keselamatan dan pengurusan yang lebih baik terhadap aktiviti penyiaran pada rangkaian.

Komponen-komponen yang diperlukan untuk menyokong VLAN adalah seperti berikut:

* Suis berprestasi tinggi
* Interswitch Trunking Protokol yang membawa trafik VLAN menyeberangi LAN kongsian dan ATM (Asynchronuos Transfer Mode) backbones.
* Penyelesaian Layer 3 routing yang memperbaiki komunikasi VLAN dengan workgroup.
* Keserasian sistem dan keoperasian dalaman dengan sistem LAN yang sebelumnya.
* Pengurusan rangkaian yang menawarkan kawalan pusat, konfigurasi dan fungsi pengurusan trafik.

4.1 Interswitch Trunking Protokol

* banyak implementasi VLAN menukar maklumat VLAN menggunakan Interswitch Trunking Protokol mereka untuk perbandingan backbone 100Mbps Fast Ethernet Communication.

VLAN Configuration and Management

* port suis dikonfigurasikan ke VLAN yang berkenaan dengan menggunakan aplikasi pengurusan VLAN. Ia mengkonfigurasi dan memerhatikan fungsi suis VLAN
* ia dibahagikan kepada 2 jenis:

1. Statik Configuration
2. Dinamic Configuration

Kebaikan VLAN

1. Mempertingkatkan kecekapan pentadbiran

* mengurangkan kos pengurusan pergerakan dan perubahan pengguna. Ini mungkin kerana VLAN tidak diikat kepada lokasi workstation dalam sesuatu rangkaian.

1. Aktiviti penyiaran yang terkawal

* pengurangan aktiviti penyiaran memperbaiki prestasi sesuatu rangkaian.

1. Keselamatan rangkaian dikuatkan

* kebolehan VLAN mewujudkan firewall memuaskan keperluan keselamatan.

BAHAN RUJUKAN

1. DATA COMMUNICATION (Prentice-Hall Inc.

* Mary E. S. Loomis

1. MUZIUM TELEKOMUNIKASI NEGARA

* Jalan Raja Chulan, 50200 Kuala Lumpur

1. Laman web www.mdc.com.my
2. Laman web www.y2k.gov.my
3. Laman web www.sjmercury.com
4. Akhabar Utusan Malaysia
5. Akhabar Berita Harian

E4006-Projek

Assalamualaikum,….dan salam sejahtera,…kepada pelajar projek E4006 yang dibawah seliaan saya, anda boleh mendapatkan maklumat dan informasi-informasi projek yang terkini.

Manual Penyediaan PCB

E5124-Power Point Komunikasi Data

Assalamualaikum….dan salam sejahtera semua,….kepada pelajar-pelajar yang saya sayangi, anda bolehlah “mendownload” nota powerpoint untuk dijadikan rujukan. Selain daripada nota yang saya hasilkan sendiri anda juga bolehlah melayari beberapa laman web yang saya cadangkan untuk dijadikan sebagai bahan rujukan tambahan. Selamat belajar……..

UNIT1-Prinsip Asas Perhubungan Data

UNIT2-Prinsip Asas Perhubungan Data

UNIT3-Antaramuka Elektrikal

UNIT4 dan UNIT5-Modem

UNIT6-Sila layari Protokol Komunikasi di:

http://www.scribd.com/doc/49246449/BAB-4-%E2%80%93-PROTOKOL-KOMUNIKASI

UNIT7-Rangkaian Kawasan Tempatan (LAN)

UNIT8-Rangkaian Kawasan Tempatan (LAN)

UNIT9-Servis Paduan Rangakaian Digis (ISDN-Intergrated Service Digital Network)

UNIT10-Servis Paduan Rangakaian Digis (ISDN-Intergrated Service Digital Network)

OBE:E5124-Komunikasi Data

Outcome Base Education telah lama dilaksanakan di dalam kaedah pengajaran dan pembelajaran bagi Kursus-E5124 (Komunikasi Data).

Para pelajar yang mengambil kursus ini adalah terdiri daripada Pelajar semester 6 bagi program DTK (Diploma Teknologi Komputer) dan DKE (Diploma Kejuruteraan Elektronik) di Politeknik Merlimau Melaka.

Pn.Maizun Binti Jamil, JKE, PMM telah mengambil pendekatan untuk menggunakan Unit 9 dan 10 dalam buku modul E5124 iaitu (ISDN-Intergrated Service Network) untuk dijadikan sebagai Projek OBE pelajar.

Project Networking (Project Based Learning)

Projek Networking

Power Point Program Projek Networking 

Pada Sesi Disember 2010, Projek Networking telah dilaksanakan di Jabatan Kejuruteraan Elektrik, Politeknik Merlimau Melaka. Seramai 35 orang pelajar telah menyertai program ini.

1. PENGENALAN

      Projek rangkaian ini dijalankan untuk memenuhi keperluan perkhidmatan internet di makmal-makmal Jabatan Kejuruteraan Elektrik. Di dalam Kursus E5124-Komunikasi Data para pelajar diajar secara teori berkaitan dengan Rangkaian Kawasan Setempat. Oleh itu, pensyarah kursus telah mengambil inisiatif dengan melaksanakan pendekatan OBE dalam proses pengajaran dan pembelajaran yang mana projek ini juga telah memberi kemahiran  ”hands-on” kepada pelajar. Melalui projek ini juga, kemahiran generik seperti kerja berpasukan, komunikasi dan kemahiran berfikir telah berjaya dipupuk dikalangan pelajar.

2. OBJEKTIF PROJEK NETWORKING:

i.       Membantu pelajar DTK dan DKE bagi semester 6 meningkatkan kemahiran dalam pemasangan rangkaian komputer.   

ii.      Memberikan nilai tambah kepada pelajar sebelum memasuki alam pekerjaan.

iii.     Menyediakan kemudahan rangkaian internet di makmal-makmal yang terpilih.

PROJEK NETWORKING PELAJAR DKE6B SESI DISEMBER 2010

E5124-Kuiz

Kuiz 1a

Kuiz 1b

Kuiz 1c

Kuiz 2a

Kuiz 2b

Kuiz 3a

Kuiz 3b

Kuiz 4a

Kuiz 4b

Kuiz 5a

E5124-Labsheet

Assalamualaikum dan salam sejahtera,…sebelum para pelajar masuk ke dalam kelas amali E5124-Komunikasi Data, sila “download” dahulu lab sheet di bawah.

EXPERIMENT 1_A_

EXPERIMENT 1_B_

EXPERIMENT 1_C_

EXPERIMENT 2_A_

EXPERIMENT 2_B_

EXPERIMENT 2_C_

EC202-Others Assessment Task

Hello world!

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.